Appling (Georgia) : Hobi pelik seorang wanita telah berjaya menarik perhatian orang ramai, bukan sahaja jiran-jiran tetapi sesiapa sahaja yang lalu lalang di kawasan rumahnya. Ini kerana wanita itu telah memenuhkan halaman rumahnya dengan 5 tandas luar rumah.
Pada masa kkini, tandas di luar rumah sudah tidak dilalukan lagi di Amerika, dan perkara tersebut membuatkan wanita berkenaan bangga dengan menyatakan, dia sudah memiliki 3 tandas dan menunggu 2 lagi tandas dihantar ke rumahnya.
"Ini adalah koleksi terbaru saya," kata Janie Peel sambil menunjuk tandas yang boleh mengisi 2 pengguna pada satu masa.
"Jika saya tidak mengumpulnya, ia pasti sudah dimusnahkan," kata wanita itu yang bertugas sebagai broker hartanah komersial.

No comments:
Post a Comment